Selasa, 7 Februari 2012

Projek Kewarganegaraan

Projek Kewarganegaraan merupakan komponen amali Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang memerlukan penglibatan pelajar secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. 

Melalui projek kewarganegaraan, para pelajar dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang diperoleh dalam bilik darjah.  Para pelajar juga dapat merasakan dirinya sebagai sebahagian anggota masyarakat yang bertanggungjawab.  Sehubungan itu, pelajar dapat membina martabat diri yang positif dan berbangga kerana telah memberi  sumbangan kepada sekolah dan masyarakat.  Pelajar perlu melibatkan diri  dalam projek ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun.

2 ulasan: